Nora Danish Rancang Berhijab Usia 40 Tahun, Cemburu Tengok Wanita Bertudung

Nora Danish Rancang Berhijab Usia 40 Tahun, Cemburu Tengok Wanita Bertudung

Sejak tampil berhijab beberapa bulan lalu, rata-rata netizen memuji penghijrahan pelakon Nora Danish yang kini menutup aurat dengan sempurna.

Menerusi satu podcast, Nora berkongsikan penghijrahannya dimana pada awalnya dia menyasarkan untuk berhijab pada usia 40 tahun namun apabila tiba pada usia tersebut dia masih lagi belum mengenakan hijab.

BACA: Nora Danish Tak Pandang Harta, Tertarik Perwatakan Bekas Suami

“Dari dulu, masa 20-an saya ada sasaran. Umur dah 40 tahun ni, saya mesti dah bertudung, memang dah buat sasaran tu la. Bila sampai 40 tahun, rasa macam kenapa masih belum berubah lagi. Apa yang salahnya?” katanya.

Menurut Nora lagi, dia juga sering rasa cemburu melihat wanita yang berhijab serta mereka yang dekat dengan agama.

“Jadi daripada situ saya dah mula cemburu dengan orang yang bertudung, cemburu dengan orang yang ada kesempurnaan hidup dari segi agama,” katanya.

Kongsi Nora lagi, sebelum berpisah dengan bekas suminya, selama empat tahun dia berdoa dia mahu mencintai dan dicintai Allah serta mahu dekat dengan Allah.

“Sebelum penceraian tu, saya memang dah mula berdoa kepada Allah. Saya tak berdoa untuk minta rezeki tapi saya hanya berdoa kepada Allah, saya nak mencintai Allah, nak Allah cintai saya dan nak saya semakin dekat dengan Allah.

“Saya tak nak minta lain dah, saya nak fokus kepada Allah. Setiap hari saya doa benda yang sama tanpa henti selama empat tahun.

“Bila jadinya perceraian tu, memang saya fokus pada Allah. Memang Allah permudahkan penceraian tu. Penceraian kami berlangsung dalam masa yang singkat,” katanya.

SUMBER: TikTok Rhea

Scroll to Top