Nora Ariffin mengaku rohnya sudah tiada – “Hanya ada jasad & amanah arwah Johan”

Nora Ariffin mengaku rohnya sudah tiada – “Hanya ada jasad & amanah arwah Johan”

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengaku rohnya sudah tiada, tetapi hanya mempunyai jasad dan amanah arwah suami iaitu Johan Nawawi yang meninggal dunia enam tahun lalu.

Penyanyi berusia 50 tahun itu memuat naik sekeping gambar dirinya berserta kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram, baru-baru ini.

“Roh saya memang sudah lama mati, yang ada hanya jasad dan amanah arwah Johan untuk menjaga anak-anaknya,” tulis ibu empat cahaya mata itu.

Walau bagaimanapun, kenyataan Nora menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengikutnya sehingga segelintir individu terpaksa memberikan pendapat masing-masing.

Rata-rata meminta penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu bersyukur, apatah lagi sudah kembali mendirikan rumah tangga selain perlu menjaga hati serta perasaan suami baharu.

Namun, ada juga pengikut meninggalkan kata-kata positif dan semangat dengan mendoakan yang baik-baik sahaja buat penyanyi berkenaan.

Sebelum ini, Nora mengesahkan dirinya bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli pada Disember 2021.

Terdahulu, dia diuji dengan pemergian arwah Johan pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung serta anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Sumber: Instagram Nora Ariffin

Scroll to Top