Nora Ariffin Kongsi Foto Pertemuan Dengan Peguam – “Niat Untuk Burukkan Nama Baik Seseorang Adalah Perkara Serius”

Nora Ariffin Kongsi Foto Pertemuan Dengan Peguam – “Niat Untuk Burukkan Nama Baik Seseorang Adalah Perkara Serius”

Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkongsi foto bersama peguam di laman sosial X miliknya.

Penyanyi lagu Hanya Satu itu menulis kapsyen seolah-olah memberi gambaran dia bakal mengambil tindakan tertentu namun ia tidak dinyatakan secara jelas.

“Berjumpa dengan peguam saya. Standby,” tulis Nora.

Bagaimanapun, memetik laporan mStar, Nora tidak mengesahkan perkara tersebut.

Namun, penyanyi lagu Jentayu itu memaklumkan pertemuannya dengan peguam berkenaan adalah untuk mendapatkan perlindungan terhadap ancaman pihak yang cuba mecalarkan nama baiknya.

“Dengan adanya peguam kita boleh faham tentang hak dan langkah-langkah yang boleh diambil.

“Memburukkan nama baik seseorang termasuklah reputasinya adalah perkara serius dan perlu dielakkan,” katanya kepada pemberita.

Meskipun menerima pelbagai komen negatif netizen, Nora berkata, suaminya berpesan untuk tidak melayan perkara tersebut sekaligus tidak mahu memburukkan mana-mana pihak.

“Suami saya pesan tak layan komen-komen yang memburukkan nama saya atau berniat tidak baik,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Tiri Nora Ariffin Meruntun Jiwa, Kongsi Gambar Ibu Bapa – “Yang Dah Kahwin Berpuluh Tahun Ni Tak Ada Tayang Menayang”

ARTIKEL BERKAITAN:Kesal Digelar S*ndal, Anak Tiri Pula Dakwa Ada Pelbagai Bukti ‘Perbuatan’ Nora Ariffin? – “Banyak Kali Dia Try Hard Nak Burukkan Keluarga Aku”

Sebelum ini, kecoh di platform X apabila individu wanita yang dikenali sebagai Aya yang dikatakan anak tiri kepada Nora menafikan dakwaan kononnya keluarga memanggilnya dengan panggilan s*ndal sekaligus mempersoalkan mengapa penyanyi itu tidak henti cuba memburukkan ahli keluarganya.

Bukan itu sahaja, Aya turut mendakwa dia mempunyai pelbagai bukti terhadap setiap perbuatan Nora kepada keluarganya.

Untuk rekod, pada 12 Ogos lalu, media dikejutkan dengan berita bahawa penyanyi Desa Tercinta itu telah diceraikan oleh Ustaz Rushdi menerusi video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di Instagram.

Bagaimanapun, Nora memaklumkan, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Pada September pula, Nora dan Ustaz Rushdi mengambil keputusan untuk rujuk kembali sebagai suami isteri.

Terdahulu, pasangan itu sah bergelar suami isteri pada 2021, dan difahamkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada suami Nora yang juga komposer terkenal,  Allahyarham Johan Nawawi.

Scroll to Top