Nonny Nadirah Menari Tayang Baju Dalam Warna Merah

Nonny Nadirah Menari Tayang Baju Dalam Warna Merah

Bulan lalu, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dia menjadi mangsa sihir sehingga mengalami gangguan teruk dan diancam secara halus.

Bagaimanapun, perkongsian terbaru Nonny sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya menari dengan hanya memakai pakaian dalam.

BACA: “Langit Dah Bagitau Saya Disihir Teruk” – Nonny Nadirah Minta Tolong Bukit Aman

Menerusi video itu, Nonny dilihat mengenakan pakaian dalam berwarna merah dengan mengenakan spek mata hitam sambil menari dengan aksi mengghairahkan.

Seperti sudah dijangka, Nonny menutup ruangan komen hantaran berkenaan mungkin bimbang dikecam teruk oleh netizen.

Terdahulu, Nonny berkata dia hanya mampu bersuara melalui media sosial kerana semua saluran lain seolah-olah disekat secara halus.

Malah, Nonny turut meluahkan rasa bimbang memandangkan keluarganya turut menerima ancaman serta merayu agar pihak berkuasa mengambil serius perkara ini.

“Bapa saya dibunuh. Kakak saya dibunuh. Sekarang mereka ancam ahli keluarga saya yang lain lagi. Harap Tuan boleh bantu saya walaupun dari jauh. Saya hanya ada Allah Tuan,” tulisnya.


Scroll to Top