Nonny Nadirah kenapa? Kongsi video buka baju, botakkan kepala

Tindakan selebriti, Nonny Nadirah yang berkongsi video membuka baju dan botakkan kepala sendiri telah menjadi tanda tanya susulan memuat naiknya di media sosial miliknya.

Terkejut tengok video

Dalam perkongsian yang dibuat pelakon kelahiran Sabah itu, dia telah membuka baju yang dipakai sebelum menabur bedah disekitar leher bertujuan untuk memotong rambut.

Nonny Nadirah kenapa

Nonny Nadirah kenapa? Terkejut tengok buka baju dipakai

Tidak lama selepas itu, dia yang menunjukkan bahagian atas badannya dan hanya memakai pakaian dalam telah mengeluarkan mesin memotong rambut dan menghalakan ke atar kepala.

Artikel lain: Nonny Nadirah buka tudung, akui penat bertahun jadi mangsa sihir

Nonny Nadirah kenapa? Botakkan kepala sendiri tanpa diberitahu tujuan

Selesai memotong rambut menjadi begitu pendek dan hampir sahaja botak, Nonny yang memakai cermin mata hitam telah mengenakan topi untuk menutupi kepalanya.

Tindakan tersebut sudah tentu membuatkan ramai tertanya-tanya memandangkan dia telah menutupi ruangan komen dan hanya meninggalkan kapsyen “Twinnies”.

Terdahulu, Nonny Nadirah pernah menyatakan bahawa dirinya penat menjadi mangsa sihir sehingga memilih membuka tudung selepas beberapa tahun mengenakannya.

Dia yang kini sudah tidak terlihat berlakon dalam mana-mana drama pernah menghilangkan diri selama tiga tahun dari industri seni sebelum muncul dengan penampilan yang berbeza dan mengejutkan rakan-rakan serta para peminat.

Semoga Nonny dalam keadaan baik-baik sahaja dan tindakan membotakkan kepala sebagai salah satu isyarat bahu ‘move on’ daripada kehidupan sebelumnya.

Sumber: Instagram nonnynadirah