
Malam yang sarat dengan bintang berlian, kilauan inspirasi, dan pengiktirafan kepada wanita Malaysia yang luar biasa, Nona Superwoman Award 2024 mengukir sejarah baharu dengan penganjuran kali keempat. Bertemakan “Diamonds Are Forever”. Acara yang berlangsung di M World Hotel Petaling Jaya ini meraikan tokoh-tokoh wanita hebat yang telah membawa impak besar kepada komuniti dan negara dalam pelbagai bidang.


Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mencemar duli untuk menyampaikan anugerah utama malam ini adalah simbolik kepada penghormatan tertinggi yang diberikan kepada kejayaan dan dedikasi wanita. Turut diserikan dengan kehadiran kerabat diraja, tokoh masyarakat, dan pemimpin-pemimpin terkemuka. Majlis ini menjadi perayaan keberanian, kecekalan, dan pencapaian yang luar biasa.
Majlis ini turut menyaksikan kehadiran tetamu kehormat yang terdiri daripada YAM Tengku Puteri Dato’ Sri Hajah Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati, YM Tengku Sharifah Ariel Budriah Jamallulail, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluargadan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Mantan Ahli Dewan Negara, Ms. Cynthia Seow, Chairman Nu Ideaktiv & Director Customer Experience & Digital Astro dan En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai EksekutifNu Ideaktiv Sdn Bhd.
“Platform Transformatif untuk Wanita!” Itulah kata-kata pertama Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawa iEksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2024.
Beliau menyatakan, “Nona Superwoman Award bukanlah sekadar untuk memberi penghormatan tetapi ia adalah platform transformatif yang membolehkan wanita memandang semula perjalanan mereka, meraikan kejayaan mereka, dan mencipta peluang baharu. Kejayaan seorang wanita bukan hanya miliknya seorang, ia adalah milik keluarga, komuniti, dan negara. Nona Superwoman Award adalah manifestasi penghargaan terhadap keupayaan wanita untuk mencorakkan masa depan dengan keberanian, daya tahan, dan kecemerlangan.”
“Dari sebuah entiti penerbitan terkemuka dan kini platform digital & audiens, kami telah menjadikan pengiktirafan dan penghormatan kepada wanita sebagai salah satu tunjang misi utama kami. Acara ini mungkin dilihat secara dasarnya adalah satu malam penghargaan, namun secara ringan dan relevan, kami cuba untuk menjadikan ia sebuah platform yang mengangkat kisah mereka kepada dunia.
Wanita-wanita ini telah membuktikan bahawa di sebalik setiap cabaran, terdapat peluang untuk mencipta kejayaan luar biasa. Majalah Nona bukan sahaja meraikan kejayaan mereka tetapi turut menyediakan ruang dan jaringan yang memperkasakan perniagaan mereka untuk menjangkau lebih ramai pelanggan, lebih banyak peluang, dan lebih besar impak.”
Memperkasakan Wanita
Syamil juga mengaitkan kejayaan ini dengan impak kepada Nu Ideaktiv: “Melalui Nona Superwoman Award, kami bukan sahaja memperkukuhkan jenama kami sebagai pelopor dalam memperkasakan wanita tetapi juga menyumbang kepada kestabilan perniagaan melalui jaringan kepercayaan yang dibina bersama usahawan dan tokoh yang berjaya. Anugerah ini adalah lambang komitmen kami terhadap transformasi sosial dan ekonomi yang lebih inklusif selain dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap jenama kami. Ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kami dengan komuniti wanita tetapi juga membuka peluang baharu untuk kolaborasi dan inovasi.”
Kiffy Razak, Editor Pengurusan (Wanita) Nu Ideaktiv Sdn Bhd, memberikan ucapan yang penuh inspirasi.
“Setiap wanita yang diraikan malam ini adalah seperti berlian yang terbentuk daripada tekanan, mereka telah melalui perjalanan sukar, mengharungi rintangan, tetapi akhirnya bersinar sebagai permata yang tiada bandingannya.”
BACA JUGA: Pamer Prestasi Mantap Tiap Minggu, Fazs Faozi Bergelar Juara Pencarian Nona Superwoman
“Anugerah ini adalah simbol keberanian dan keazaman. Ia bukan hanya meraikan pencapaian, tetapi menyokong wanita untuk terus melangkah ke hadapan, mencipta perubahan, dan menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Nona Superwoman Award adalah janji untuk terus memberikan ruang kepada wanita untuk berkembang, berinovasi, dan meninggalkan legasi.”
Malam penuh gemilang ini dikemudi oleh Hunny Madu, seorang pengacara berbakat yang juga tampil menerus iprogram Borak seeNI di Astro. Dengan sentuhan profesionalisme dan pesona, Hunny memastikan setiap momen majlis ini berjalan lancar dan meninggalkan impak mendalam kepada para hadirin.
Selain anugerah yang dinanti-nantikan, majlis ini turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada penyanyi hebat seperti Datin Alyah, Amir Masdi, dan Aina Abdul. Keseluruhan acara penganugerahan ini distrim secara langsung menerusi Facebook, Youtube dan TikTok Majalah Nona.
Sebanyak 39 kategori anugerah telah disampaikan yang mengiktiraf wanita hebat dari pelbagai latar belakang.
Naskhah Eksklusif
Bagi menghangatkan gelombang Fenomena Nona Superwoman Award 2024, Nona turut tampil dengan terbitan naskhah eksklusif Majalah Nona yang telah menjadi tradisi setiap edisi Superwoman berlangsung. Naskhah eksklusif kali ini membariskan wanita-wanita yang melakar prestasi luar biasa sepanjang tahun 2024.
Antaranya kisah wanita kedua dilantik ke jawatan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus serta anak penoreh getah yang kini bergelar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan ramai lagi; Majalah terbitan eksklusif ini boleh didapati di laman web Karangkraf Mall, www.karangkrafmall.com.my dengan harga RM15.90 sahaja.
Sebagai mercu tanda dalam pengiktirafan wanita selama 38 tahun, Majalah Nona terus komited untuk memperkasa wanita. Nona Superwoman Award akan terus menjadi platform untuk mengangkat suara, pencapaian, dan potensi wanita Malaysia. Dengan setiap langkah yang diambil, wanita Malaysia membuktikan bahawa impian besar adalah asas kepada masa depan yang gemilang.
Download seeNI sekarang!




Beberapa hari lepas pasangan pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima. Keduanya meraikan dengan mengadakan majlis makan malam bersama ahli keluarga serta teman-teman rapat. Dalam satu foto yang dimuat turun menampikan Che Ta bersama adik beradik perempuan yang lain. Biarpun semuanya tampil jelita, tetapi yang paling menarik perhatian netizen adalah adik Che Ta, Ruby Che Wan.
Kejelitaan Ruby Che Wan begitu terserlah dan netizen mengatakan dia lebih natural beauty dengan penampilan agak lain daripada yang lain apabila hanya mengenakan jubah dan berhijab labuh.
Semua cantik-cantik & Sedap mata memandang @rubychewan
Untung @lanpetpet dapat isteri solehah
Natural beauty
Ruby Che Wan merupakan adik Che Ta dan juga merupakan isteri kepada Lan Pet Pet dan telah melakukan penghijrahan setelah balik dari mengerjakan haji dua tahun lalu.
Sebaik melakukan penghijrahan Ruby Che Wan lebih selesa memilih persalinan yang lebih memenuhi syariat wanita Muslimah dengan mengenakan jubah dan tudung labuh setiap kali keluar bersama adik beradiknya yang lain.
Walaupun penampilannya berbeza, tetapi Ruby Che Wan dilihat tidak kekok dan hubungan mereka adik beradik juga sangat rapat.
Selain itu, dia juga banyak berkongsi dan menyebarkan dakwah di media sosial melalui laman Instagramnya dengan berkongsi ilmu yang baik kepada followernya.
Sempena ulang tahun kelima ini juga Che Ta sendiri turut mengharapkan rumah tangganya kekal bahagia seperti pasangan Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha, sesetia pasangan Lan Pet Pet dan Ruby Che Wan, juga seharmoni rumah tangga Dato Faizal dan Datin Jaja dan sefahaman serta rajin holiday macam Abang Long dan Kak Mah.
Majlis sambutan ulang tahun ini turut diraikan bersama ahli keluarga lain serta teman-teman rapatnya yang banyak membantu ketika majlis perkahwinannya lima tahun lalu.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZITA CHE WAN & RUBY CHE WAN
Download seeNI sekarang!


Baru-baru ini, pelakon terkenal Janna Nick telah membuat hantaran menyambut ulang tahun kelahiran adik perempuannya iaitu Kissya Nick. Cute sahaja adik-beradik ini! Foto perkongsian tersebut telah mengundang perhatian ramai di laman Instagram. Adiknya bukan sahaja terlihat sopan, namun rupanya bakal doktor! Memang beauty with brain!
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 tahun itu bersama ahli keluarga serta teman lelaki yang juga pelakon, Dini Schatzmann di sebuah restoran.
Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Lama Pasang Impian’- Janna Nick Bakal Miliki Kompleks Tahfiz Sendiri
Menerusi satu hantaran, Janna telah memberikan ucapan istimewa kepada Kissya atau nama sebenarnya Nurul Balqish dalam menempuh hari mendatang serta berjaya mendapat gelaran doktor satu hari nanti.
Foto tersebut telah dimuat naik bersama kapsyen “Happy birthday @kissyanick. Semoga setiap langkah dijaga, semoga setiap impian dimakbulkan, semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, paling penting semoga dapat jadi Dr. Balqish”.
Tambahan itu, Janna dan ahli keluarganya turut membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah iPhone 14 sehingga remaja itu menunjukkan reaksi terharu dan sebak. Wah, memang beruntung!
Ramai turut meninggalkan ucapan
Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut turut memberikan ucapan hari lahir kepada Kissya selain mendoakan umurnya panjang, dimurahkan rezeki serta berjaya dalam pelajaran.
Bukan rakan artis sahaja, malahan ramai netizen turut meninggalkan komen dan ada yang memuji paras rupanya yang cantik dan menawan itu.
“Siapa ni adik janna ka lawa la mcm kakak dia”
“LAWA GILAAAAAAAA😭😭😭 dulu kecik cenonet je. How time flies… Happy birthday adik Janna. Semoga itu, semoga ini.”
“Eh masa dulu up gambar adik2 kecik lagi😍..cntik smua dh besar”
“Cantik la adik dia 😍😍😍 bakal Dr pula. Wahhhh 👏👏👏👏”
“Segak adik Janna, macam Maya Karin pon ada, Neelofa pon ada”
Artikel berkaitan: ‘Orang Bipolar Kebiasaannya Cantik’- Wanita Ini Kongsi Simptom Yang Ada Pada Janna Nick
Imejnya yang sopan dan menawan memang wajar dipuji. Manis sangat! Apa-apa pun, Selamat Ulang Tahun Kissya. Kami turut mendoakan agar Kissya akan berjaya bergelar doktor satu hari nanti.
Sumber info dan gambar: Instagram Janna Nick dan Kissyanick
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!