Nina Ismail Sabri bakal tamatkan zaman solo tak lama lagi? -#goodbyesinglenina”

Nina Ismail Sabri bakal tamatkan zaman solo tak lama lagi? -#goodbyesinglenina”

Teka-teki bekas isteri pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri bakal tamatkan zaman solo seakan terjawab apabila berkongsi gambar dan video dengan memakai selempang tertulis ‘bride to be’.

Dirai oleh rakan-rakan

Menerusi hantaran yang dibuat Nina di Instagram, dia telah menzahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan wanita yang cukup memahami.

Dia mengucapkan ribuan terima kasih diatas momen yang cukup istimewa itu apabila diraikan dengan penuh gelak tawa pada hujung minggu kelmarin.

Instagram will load in the frontend.

 

Nina Ismail Sabri bakal tamatkan zaman solo, bersyukur rakan2 sentiasa ada

Anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini turut berharap agar hubungan persahabatan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.

Dalam pada itu, Nina turut bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan rakan-rakan wanita seperti mereka memandangkan dia tiada adik beradik perempuan di dalam keluarga.

Nina Ismail Sabri bakal tamatkan zaman solo

Nina Ismail Sabri bakal tamatkan zaman solo, pakai baju tertulis bakal jadi pengantin

Perkongsian tersebut sudah tentu mencuri tumpuan lebih-lebih lagi apabila Nina menyertakan hashtag #goodbysinglenina seakan memberi bayangan bakal kembali berumah tangga dalam masa terdekat.

Dia juga memakai selempang ‘bride to be’ beserta baju menandakan akan bergelar pengantin tidak lama lagi.

Artikel lain: Sudah bercerai, Nina Ismail Sabri tetap bagi Jovian pinjam akaun Netflix

Ramai ucapkan tahniah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah mengucapkan tahniah kepada ibu tunggal anak satu itu apabila bakal menamatkan zaman solonya.

Mereka juga tumbang bahagia dengan berita gembira ini dan berharap agar segala urusannya dipermudah.

Semoga terus dalam lindungan Allah

Tak sabar nak tengok perkahwinan Nina

Sekadar info, Nina atau nama sebenarnya, Nina Sabrina binti Ismail Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Jovian Mandagie pada Disember 2013.

Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie.

Walau bagaimanapun, Nina dan Jovian memilih untuk berpisah secara baik pada Ogos tahun lalu.

Sumber: Instagram ninaismailsabri