Nikmati Hidangan Berinspirasikan Turki di KFC – Eksklusif Ramadan & Raya! | Oh! Media

Nikmati Hidangan Berinspirasikan Turki di KFC – Eksklusif Ramadan & Raya! | Oh! Media

Bayangkan anda sedang bersantai di tepi jalan berbatu di Istanbul, dikelilingi aroma rempah-ratus yang kaya dan segar. 

Kini, anda tak perlu ke Turki untuk menikmati keunikan rasa tersebut, hidangan terbaru Siri Turkish Spice dari KFC ini membawa keajaiban rasa Turki terus ke meja anda sempena Ramadan dan Raya yang bakal menjelang.

Gabungan rasa yang unik & menyelerakan 

Hidangan ini diinspirasikan daripada keunikan masakan Turki, diadun sempurna dengan kombinasi rempah-ratus asli dan bahan-bahan berkualiti tinggi. 

Setiap suapan akan membuatkan anda terpesona dengan gabungan rempah-ratus Turki yang memikat. Memberikan keseimbangan sempurna antara wangi dan pedas yang menyelerakan.

Kesegaran tomato memberikan rasa berjus yang melengkapkan hidangan. Manakala sos mayonis Turki istimewa menambahkan kelembutan dan kekayaan rasa dalam setiap gigitan.

Sensasi rasa pedas yang menyelerakan cukup untuk memberi kehangatan tersendiri. Tercari-cari menu untuk berbuka? Inilah jawapannya! 

Dibuat dengan bahan berkualiti

Siri Turkish Spice KFC ini menawarkan keaslian rasa Turki datang daripada bahan-bahan terpilih seperti:

– Perisa tomato segar untuk keseimbangan rasa.

– Perisa telur yang menambah menambah keenakan.

– Rempah & Herba premium seperti kepingan pasli, kayu manis, jintan putih, lada hitam, oregano, dan thyme.

– Ekstrak lada (paprika & lada benggala) untuk rasa pedas yang harmoni.

Ayam atau burger, mana satu jadi kegemaran?

Siri ini didatangkan dalam dua menu iaitu:

– Ayam Turkish Spice Crunch: Bagi penggemar ayam inilah pilihan paling top. Bayangkan kerangupan Hot & Spicy ditambah pula keunikan rasa rempah-ratus Turki, menjadikannya gabungan yang tak terkata sedapnya. Tidak ketinggalan sos Turkish mayo yang di-drizzle untuk melengkapkan rasa. 

– Turkish Spice Burger: Siapa je boleh menolak burger Zinger KFC? Tapi kali ini ada twist dengan tambahan sos Turkish mayonis dan perapan istimewa rempah Turki pada fillet.

Menu ini juga terdapat dalam menu box meal, sebab kenapa kena pilih kalau boleh rasa dua-dua? Barulah ngam!

Sesuai dinikmati untuk berbuka bersama keluarga dan kawan-kawan. Atau meriahkan sambutan Syawal dengan menjamu tetamu dengan hidangan ini ketika rumah terbuka. Confirm makan bertambah tetamu semua. 

Jadi, tunggu apa lagi? Cuba sekarang dan nikmati keajaiban rempah Turki dalam setiap suapan di KFC berhampiran melalui KFC Delivery  atau ambil sendiri dengan ciri Self Collect melalui app KFC.

Scroll to Top