Kematian penyanyi, Nidza Afham diklasifikasi mati mengejut hasil daripada bedah siasat terhadap mayat, hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat terhadap mangsa selesai pada jam 3 petang tadi.
Nidza Afham diklasifikasi mati mengejut
Menurutnya kematian penyanyi berusia 23 tahun yang ditemukan di Sungai Klang semalam diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
āBedah siasat dijalankan pada 11 pagi sehingga 3 petang ke atas mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar.
āPunca kematian adalah menunggu laporan siasatan makmal dan tiada kecederaan fizikal,ā katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata,Ā kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Artikel lain: āKau budak baik, sangat baikā¦ā- Abang ipar redha dengan pemergian Nidza Afham
Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan penemuan mayat lelaki dewasa di sungai sekitar Jambatan Sungai Klang, kira-kira jam 7 petang semalam adalah Nidza Afham.
Mayat penyanyi itu dijumpai orang yang memancing di kawasan itu iaitu lebih kurang 1 kilometer daripada jambatan yang ditemui telefon bimbit dan dompet.
Menurutnya, jenazah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses selanjutnya.
Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang Selasa.
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada jam 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.
Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)