Tiada angin, tiada ribut seorang individu dipercayai mendedahkan dia telah ditipu oleh sebuah syarikat minuman yang dimiliki artis popular.
Menerusi perkongsian di TikTok, pengguna media sosial yang dikenali sebagai Wiwi Daunah itu memaklumkan, niatnya untuk membuka francais bertukar mimpi buruk apabila mendakwa modal permulaan yang diberikan telah ditipu oleh pihak terbabit.
Malah, cubaan untuk berhubung dengan pihak tersebut juga gagal.
“Syarikat minuman milik artis Malaysia cuba menipu saya. Tidak dapat dihubungi dan tiada nilai kerjasama,” tulisnya.
Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di platform tersebut, individu itu telahpun memadam posting berkenaan.
Menurutnya, pihaknya dan artis popular itu telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan masalah tersebut secara baik.