Netizen Tuduh Ryzal Ibrahim Nak Raih Perhatian, Tak Bagi Maryam Rehat Masa Pantang | Oh! Media

Netizen Tuduh Ryzal Ibrahim Nak Raih Perhatian, Tak Bagi Maryam Rehat Masa Pantang | Oh! Media

Pasangan popular, Ryzal Ibrahim dan Maryam DurianKimchi merupakan salah satu pempengaruh yang sering menjadi perhatian masyarakat.

BACA: “Keb*dohan Dapat Kat Abang” – Ryzal Ibrahim Selar Netizen Kritik Anak Makan Makanan Korea

Pendek kata apa je yang mereka buat menerima pelbagai reaksi daripada pengikut. Terbaru, seorang netizen menegur Ryzal yang didakwa tidak membiarkan isterinya berehat secukupnya selepas bersalin.

Netizen tegur Ryzal nak raih perhatian, tak bagi Maryam rehat

Individu tersebut menulis:

Isteri tu tengah dalam pantang. Kenapa tak bagi Maryam tu rehat betul-betul dulu? Ingat beranak ni senang ke?? Si Ryzal ni dah kenapa?? Semata-mata nak raih perhatian netizen, sanggup korbankan masa rehat Maryam. Please have more empathy!

Difahamkan, respon itu ditinggalkan netizen kepada sebuah video menunjukkan Ryzal dan keluarga sedang photoshoot gambar keluarga dengan bayi kecil.

Respon Ryzal, “Bukan suruh dia gali kubur”

Tidak berdiam diri, Ryzal menerusi akaun DurianKimchi terus membalas komen tersebut dengan nada bersahaja.

Respon Ryzal telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata terhibur dengan jawapan padu kepada netizen yang menuduh tanpa usul periksa.

Terdahulu, pempengaruh Maryam Younarae telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.67kg. Apa yang menariknya, Maryam melahirkan bayi tersebut pada 19 Februari iaitu pada hari jadinya sendiri.

#ApaKataOhmedia

Setiap wanita mempunyai pengalaman berpantang yang berbeza. Ada yang memilih untuk berehat sepenuhnya, ada juga yang lebih selesa untuk kekal aktif. Lagi pun, Maryam bukan buat kerja berat pun kan? Untuk photoshoot je, jadi peminat jangan risau okey?


Scroll to Top