Netizen tertarik penampilan terkini Mia Sara, dipuji cantik macam patung barbie

Netizen tertarik penampilan terkini Mia Sara, dipuji cantik macam patung barbie

Sebelum ini, nama pelakon remaja dan personaliti media sosial, Mia Sara menjadi bualan netizen gara-gara penampilannya yang agak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh termasuk ‘aset’ dada telah mencetuskan pelbagai reaksi dan kritikan ramai.

Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mia di laman TikToknya, penampilannya yang menggayakan baju bercorak warna-warni telah mengundang perhatian ramai.

@miasaranasuha

♬ telepatìa – Galuh

Dalam video tersebut, dapat dilihat Mia bersama seorang rakan baiknya yang juga merupakan influencer, Liya Maisarah yang dipercayai sedang menjalani sebuah photoshoot bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertarik dengan penampilan Mia Sara yang agak berbeza berbanding sebelum ini dan mahu membeli baju seperti yang dipakai oleh selebriti tersebut.

Pun begitu, disebalik pujian yang dilemparkan oleh orang ramai, ada juga netizen yang memberi reaksi negatif terhadap penampilan Mia Sara yang memakai tudung agak pendek sehingga menampakkan asetnya dengan jelas.

Bagaimanapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar Mia Sara berubah menjadi seorang muslimah yang sentiasa menjaga serta menutup auratnya dengan sempurna berbanding kita terus mengecam dan mengkritik.

Sumber: TikTok @miasaranasuha

Scroll to Top