Tindakan pelakon dan usahawan, Zoey Rahman memuat naik video memaparkan dia sedang mengenakan solekan pada wajah khusus untuk kaum lelaki mengundang persoalan netizen.
Menerusi akaun TikTok, pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman itu berkongsi tutorial menggunakan produk miliknya Mikaseries bagi menghasilkan ‘look’ sebagai pengacara.
@zoeyrahman Make up untuk Emcee look . #mikaseries #fyp #fypシ #belijiwa #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #makeuptutorial
Namun menerusi pemerhatian di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa sekali gus mempersoalkan wajah Zoey yang dilihat semakin berbeza berbanding sebelum ini.
Tidak melatah dengan pertanyaan ramai, pengacara program Gerak Geri Gasing itu mengatakan usia yang semakin meningkat membuatkan wajahnya kelihatan berbeza.
Selain itu, ada juga segelintir memuji ketampanan Zoey yang kelihatan tidak seperti 37 tahun, tetapi masih muda remaja seperti awal kemunculannya dalam industri.
Terdahulu, video solekan berdurasi sekitar dua minit itu meraih 113,200 tontonan dan lebih 3,000 tanda suka dalam kalangan pengguna TikTok.