Netizen risau melihat hantaran seorang gadis yang menganggap ucapan kasar dari kekasih sebagai satu bentuk luahan kasih sayang kepadanya.
Menerusi tangkapan layar yang dikongsikan seorang pengguna X dikenali sebagai natasha anuar, dia telah menzahirkan rasa bimbang dengan pemikiran seorang gadis yang dimaki hamun oleh seseorang dipercayai kekasihnya di ruangan WhatsApp.
Netizen risau lihat gadis suka dimaki kekasih
Dalam posting tersebut, individu dipercayai kekasih kepada gadis berkenaan menegurnya kerana memakai pakaian yang agak singkat, namun menggunakan kata-kata yang cukup kasar.
Lebih membingungkan sudah tentu kenyataan gadis tersebut dimana teguran kasar yang diterima menjadi punca dia masih menyayangi lelaki terbabit.
“Sebab mengapa saya masih menyayanginya,” tulis gadis tersebut.
Netizen risau dengan pemikiran remaja sekarang
Pengguna X berkenaan turut memuat naik beberapa komen yang diperoleh dari TikTok gadis berkenaan dan ada beberapa di antara mereka mengakui suka dengan tindakan yang dilakukan kekasih gadis tersebut.
Ujar mereka, walaupun bahasa digunakan agak kasar, namun bukan senang untuk mencari seorang lelaki yang boleh menegur mereka supaya menjadi lebih baik.
Artikel lain: Berhenti sekolah, remaja pinjam Ah Long RM13,000, belanja kekasih mengidam siakap tiga rasa
Pelik-pelik betul budak zaman sekarang
Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian netizen di media sosial kerana masing-masing meluahkan rasa risau dengan pemikiran remaja kini ketika sedang bercinta.
Mereka juga mengatakan risiko untuk berlaku keganasan dalam rumah tangga apabila berkahwin nanti cukup besar kerana belum berkahwin lagi seorang lelaki sudah bebas memaki hamun pasangannya.
Kenapa suka dimaki lelaki dik?
Boleh je tegur tanpa maki-maki kan?
Benda macam ni risiko keganasan rumah tangga tau
Seeloknya carilah pasangan yang menegur kita dengan cara berhemah kerana ia menggambarkan betapa dia menghormati kita sebagai seorang insan yang disayangi.
Sumber: X natasha anuar