Jumaat lalu, pasangan selebriti Mimi Lana dan Syafiq Kyle akhirnya selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di Taiping sekaligus membuatkan peminat gembira.
Ramai yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas perkahwinan pasangan itu serta mendoakan kabahagiaan mereka hingga ke akhir hayat.
BACA: Syafiq Kyle, Mimi Lana Nikah Hari Ini
Namun ada netizen yang perasan pelakon terkenal, Fazura yang sebelum ini rapat dengan Mimi Lana dilihat tiada di majlis berkenaan sekaligus mencetuskan tanda tanya.
Tidak kurang juga, ada juga yang mendakwa Fazura sudah tidak lagi mengikuti Mimi Lana di Instagram menerusi hasil carian mereka.
Sementara itu, ada yang bersikap positif mengatakan mungkin Fazura sibuk dan ada berhubung secara peribadi dengan Mimi Lana.