Netizen lelaki menyampah tengok peminat perempuan ‘terkinja-kinja’ jumpa Mierul Aiman

Netizen lelaki menyampah tengok peminat perempuan ‘terkinja-kinja’ jumpa Mierul Aiman

Tidak dapat dinafikan, pelakon kian meningkat, Mierul Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman mula menjadi bualan peminat drama tempatan selepas membintangi drama bersiri popular, Projek: High Council.

Malah, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, ramai peminat yang begitu teruja apabila berjumpa dengan juara program realiti, Hero Remaja 2021 tersebut dalam sebuah majlis sehingga mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

@aliffyou2

Replying to @nis💐 dia punya jeritan tu fuh @Mierul #mierulaiman #projekhighcouncil

♬ original sound – lips ◡̈ – lips ◡̈

Dalam video berdurasi pendek tersebut, kelihatan aktor yang berusia 25 tahun itu sedang menghisap rokok elektronik (vape) namun, dia ditegur oleh peminat dan tetap melayani mereka disebalik semak.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya kaum lelaki yang mengkritik peminat wanita yang bertindak menjerit gembira selepas pelakon tersebut mencantumkan isyarat ‘love’ di tangannya.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana kebiasaannya wanita memandangkan rendah terhadap golongan lelaki yang mempunyai tabiat merokok namun, layanan mereka berbeza pula dengan selebriti tersebut.

Pun begitu, ada individu yang berasa kasihan kepada generasi pada masa kini yang tidak menjaga batas mereka ketika berjumpa dengan artis yang berani bersentuhan sehingga sanggup mengetepikan hukum agama.

Malah, netizen tidak dapat bayangkan keadaan manusia terutamanya kaum wanita ketika kemunculan dajal kelak apabila melihat layanan mereka terhadap selebriti yang bukan mahram.

Sumber: TikTok @aliffyou2