Pelakon, Fattah Amin menerima pujian ramai daripada netizen selepas dia menyatakan kenyataan mempertahankan bekas isterinya, aktres dan usahawan Nur Fazura.
Ia ekoran sebuah video tular memaparkan anak mereka, Nur Fatima Aisya yang tidak menyayangi bapanya mencuri perhatian ramai sehingga mendakwa Fazura mengajar puteri sulung berkata demikian.
Menerusi temu bual bersama media, Fattah menganggap kritikan dan komen-komen netizen terhadap Fazura sebagai satu tindakan yang tidak wajar kerana yakin bekas isterinya itu sudah menjalankan tanggungjawab yang terbaik sebagai ibu.
“Itu adalah mummy kepada Fatima, saya rasa tak sepatutnya mereka komen bukan-bukan. Bagi saya, mungkin mereka tak tahu yang Fazura sebenarnya dah besarkan Fatima dengan cara yang terbaik.
Saya percaya Faz (panggilan Fazura) pun sudah melakukan tanggungjawab sebagai mummy yang baik, dan saya pun sama.
“Jangan mudah buat andaian, kita kena selalu fikir positif, komen dan cakap yang baik-baik itu semua adalah satu doa,” katanya menerusi video di platform Gempak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan kagum terhadap Fattah kerana akhirnya mempertahankan bekas isterinya yang acap kali dikritik netizen.
Artikel Berkaitan: “Cakap, Fikir & Doa Yang Baik-Baik” – Fattah Amin Sifatkan Luahan ‘Fatima Tak Sayang Daddy’ Kerana Merajuk
Sumber: Gempak