Netizen gesa hentikan penjualan gula-gula gummy – “Mudah tertelan, tak sempat dikunyah”

Netizen gesa hentikan penjualan gula-gula gummy – “Mudah tertelan, tak sempat dikunyah”

Netizen gesa hentikan penjualan gula-gula kenyal kerana ia boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan terutamanya buat golongan kanak-kanak.

Menurut Public Health Malaysia, perkara tersebut boleh berlaku disebabkan tekstur licin dan kenyal yang membuatkan ia mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah.

Secara tidak langsung, ia akan menganggu saluran pernafasan kanak-kanak memandangkan gula-gula kenyal itu bersaiz besar berbanding mulut kanak-kanak jika tidak dikunyah dengan sempurna.

Netizen gesa hentikan penjualan

Netizen gesa hentikan penjualan

“Gula-gula kenyal sukar dikeluarkan jika tercekik, berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar.
“Gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya,” ujar Public Health Malaysia dalam sebuah hantaran di laman X.

Artikel lain: Anak hembus nafas terakhir selepas kami reda, bisik syahadah – Bapa kanak2 tercekik ‘gummy’ mata

Netizen gesa hentikan penjualan

Budak Darjah 5 kritikal akibat tercekik gula-gula kenyal

Netizen gesa hentikan penjualan gula-gula gummy

Susulan itu, ramai memohon untuk menghentikan dan mengharamkan penjualan gula-gula kenyal tersebut bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang kembali.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mohamad Fahmi Hafiz, 10, meninggal dunia selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.

Mangsa dikatakan membeli gula-gula kenyal itu di luar kawasan Kelas-Quran dan Fardhu ‘Ain (Kafa), Sungai Dua, Butterworth tanpa pengetahuan keluarga.

Guru bertindak menelefon pihak perubatan selepas mendapati Mohamad Fahmi pengsan ketika hendak ke tandas.

Pihak perubatan berjaya mengeluarkan gula-gula kenyal berkenaan dari mulut kanak-kanak itu, namun mangsa masih tidak sedarkan diri.

Sumber: X @Public Health Malaysia

Scroll to Top