Pelakon jelita Sophia Albarakbah menjadi perhatian apabila satu video dikongsikan oleh jurusolek mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Sophia menunjukkan hasil solekan daripada jurusolek berkenaan.
BACA: “Sophia Manja, Bahaya Kalau Lelaki Kurang Iman, Tergugat” – Remy Ishak
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah penampilan Sophia yang dikatakan mencolok mata kerana mengenakan baju yang mendedahkan bahagian dadanya.
Seperti sudah dijangka, penampilan Sophia itu dikecam oleh netizen serta ada yang mengatakan wajahnya sudah cukup cantik dan tidak perlu berpakaian seksi.
SUMBER: Xtra