Semalam, platform penstriman filem tempatan dan antarabangsa, Netflix telah menaikkan harga langganan mereka di empat negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Argentina dan Portugal,
BACA: Netflix Umum Kenaikan Harga Terbaru ‘Subscription’ Untuk Pengguna Di Malaysia
Menerusi laporan daripada CNN, syarikat tersebut membuat pengumuman itu selepas merekodkan pertambahan sebanyak 19 juta pelanggan pada suku akhir 2024, menjadikan jumlah keseluruhan pelanggan globalnya mencecah 302 juta.
Antara faktor utama langganan Netflix melonjak naik adalah hasil kejayaan musim kedua ‘Squid Game’ yang kini menjadi tayangan paling popular di platform itu dengan mencatatkan 68 juta tontonan pada minggu pertama.
Harga terbaru naik sehingga lebih 15%

Kenaikan harga langganan itu melibatkan tiga pelan utama yang ditawarkan di negara berkenaan.
•Standard dengan iklan: $7.99 (Naik $1.00 dari $6.99)
•Standard tanpa iklan: $17.99 (Naik $2.50 dari $15.49)
•Premium: $24.99 (Naik $2.00 dari $22.99)
Kenapa kenaikan ini berlaku?

Dalam satu kenyataan rasmi, syarikat itu menjelaskan bahawa kenaikan harga pelan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan nilai perkhidmatan Netflix.
Kami akan terus melabur dalam kandungan dan memberikan tambah nilai kepada pelanggan kami, kenaikan sedikit bayaran pelan bertujuan agar kami dapat melabur semula dalam terus menambah baik Netflix-Katanya