Netanyahu tolak gencatan senjata, arah tentera Israel bergerak ke Rafah

Netanyahu tolak gencatan senjata, arah tentera Israel bergerak ke Rafah

BAITULMAQDIS ā€“ Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak cadangan Hamas untuk gencatan senjata dan mengarahkan tentera rejim itu bersiap sedia untuk bergerak ke bandar Rafah di selatan Gaza.

Rafah kini menjadi tempat perlindungan bagi lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken bercakap di Tel Aviv beberapa jam selepas bertemu Netanyahu berkata, beliau masih melihat ā€œruang untuk mencapai persetujuanā€ dan telah memberi amaran kepada pemimpin Israel itu terhadap tindakan dan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan.

Netanyahu telah memberitahu taklimat televisyen bahawa beliau telah mengarahkan tentera untuk ā€œbersedia untuk beroperasiā€ di Rafah dan ā€œkemenangan totalā€ oleh Israel ke atas Hamas hanya beberapa bulan lagi.

Malah, beliau turut memberi amaran ā€œpermintaan anehā€ oleh Hamas untuk gencatan senjata yang tidak akan membawa kepada pemulangan tebusan hanya akan mengundang satu lagi ā€œpembunuhan beramai-ramaiā€.

Di Beirut, seorang pegawai kanan Hamas berkata, ā€œdesakan Netanyahu untuk meneruskan pencerobohan itu benar-benar mengesahkan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestinā€.

Sehubungan itu, Osama Hamdan, menggesa ā€œsemua puak penentang untuk meneruskan perjuanganā€ dan berhati-hati dengan ā€œpengkhianatan Israel pada suku jam terakhir konfrontasi iniā€.

Salah seorang tebusan yang dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata sementara yang diuruskan pada November juga memberi tekanan kepada pemimpin Israel itu.

ā€œSemuanya di tangan anda,ā€ kata Adina Moshe pada sidang akhbar di Tel Aviv ā€“ kenyataan yang ditujukan kepada Netanyahu.

ā€œAndalah orangnya. Dan saya sangat takut dan sangat bimbang jika anda terus memusnahkan Hamas ini, tidak akan ada tebusan lagi untuk dibebaskan,ā€ katanya. ā€“ Agensi

Scroll to Top