Nestle catat untung bersih lebih rendah

Nestle catat untung bersih lebih rendah

“Ini boleh dikaitkan dengan sentimen pengguna yang lemah dan perbelanjaan berhati-hati semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya,” katanya.

Nestle Malaysia mengisytiharkan dividen interim sebanyak 70 sen sesaham bagi tahun berakhir 31 Disember, 2024, yang akan dibayar pada 3 Oktober 2024 kepada pemegang saham yang namanya tertera dalam rekod pendeposit pada 4 September.

Pada masa hadapan, syarikat itu berkata keadaan mencabar dijangka berterusan sepanjang suku ketiga dan beransur-ansur sederhana menjelang akhir tahun serta kembali kepada pertumbuhan selewat-lewatnya pada separuh pertama 2025.

“Kami akan terus membina kekuatan asas kami untuk terus menyediakan rakyat Malaysia dengan rangkaian produk halal dengan citarasa terbaik dan memenuhi jangkaan kesihatan, pemakanan dan gaya hidup mereka, serta sentiasa berlandaskan kepada asas kualiti dan keselamatan kami,” katanya.

Ketika pasaran ditutup hari ini, harga saham Nestle meningkat 20 sen kepada RM122.00 dengan 29,100 saham diurusniagakan.

-BERNAMA