Nenek sekolahkan cucu yatim piatu sampai universiti  – Utusan Digital

Nenek sekolahkan cucu yatim piatu sampai universiti  – Utusan Digital

JAKARTA: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban apabila seorang warga emas terpaksa mengambil alih tugas ‘ibu dan bapa’ membesarkan cucunya.

Kerana yakin pendidikan hanyalah jawapan terbaik mengubah nasib manusia, seorang nenek berjaya mendidik cucu perempuannya yang yatim piatu sejak kecil sehingga melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Kisah wanita yang melanjutkan pengajian ke sebuah universiti perguruan itu menjadi tular dalam media sosial seperti dilaporkan Suara.com.

Wanita itu memberitahu, dia tinggal bersama neneknya sejak kecil selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia.

Katanya, neneknya mahu dia menjadi orang yang berpendidikan sehingga bersusah payah memastikan dirinya belajar dan fokus dengan masa depan.

Scroll to Top