Nelydia Senrose kini berhijab?

Nelydia Senrose kini berhijab?

Poklip sudah lama tidak nampak kelibat pelakon, Nelydia Senrose di layar kaca. Rasanya kalau ada pun, boleh kira dengan jari. Dia seperti memilih untuk tidak terlalu aktif dalam dunia lakonan.

Mungkin Poklip sendiri sudah lama tidak menonton drama tempatan. Bukan apa, kadang-kadang naik muak. Jalan cerita, lakon layar hampir sama. Jadi kita sendiri bosan.

Berbalik kepada Nelydia, Poklip meneka dia sekarang sudah bijak memilih naskhah. Tidak mahu lagi watak yang lebih kurang sama. Sebab itu jarak masa dramanya agak jauh.

Cuma Poklip dengar-dengar juga, sebenarnya Nelydia sekarang dikatakan sudah berhijab. Tetapi dia didakwa masih belum selesa untuk berkongsi berita gembira itu secara umum.

Kalau betul seperti yang dikhabar, itu satu berita baik. Bukan apa, kita seronok melihat ramai artis memilih untuk berhijab sekarang. Satu imej baharu yang menggembirakan hati semua orang.

Poklip faham juga kalau benar Nelydia sudah berhijab namun tidak mahu menghebah-hebahkan berita itu lagi. Mungkin dia sedang menyesuaikan diri dan mahu menikmati kegembiraan itu bersama suami serta keluarga rapat.

Nelydia seperti yang kita tahu pun memang bukan seorang yang suka mencanang cerita. Dia seorang yang pemalu dan lebih suka sibuk dengan hal sendiri. Kontroversi pun boleh kira dengan jari.

Apa pun, kalau benar dakwaan tersebut, Poklip doakan agar semua urusan Nelydia dipermudahkan. Malah, Poklip doakan juga untuk semua anak seni yang sedang berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang baik. Amin. – UTUSAN

Scroll to Top