Nelydia Senrose enggan ulas isu buka tudung -“Saya sedang mencuba..”

Nelydia Senrose enggan ulas isu buka tudung -“Saya sedang mencuba..”

Pelakon sensasi, Nelydia Senrose enggan ulas isu buka tudung yang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen, sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan mStar, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen memohon kepada orang ramai untuk mendoakannya agar menjadi manusia lebih baik.

Nelydia Senrose enggan ulas

Nelydia Senrose enggan ulas

Artikel lain: Bergelar hajah, netizen persoal tudung Nelydia Senrose terbang sekali lagi?

“Macam saya pernah cakap sebelum ini, saya sedang mencuba dan tak akan berhenti mencuba menjadi manusia lebih baik.
“Saya tidak komen lanjut tentang itu, saya rasa itulah jawapan daripada saya,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelakon Setia Hujung Nyawa ini juga tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan kritikan negatif daripada netizen terhadap dirinya berhubung isu hijab.

Nelydia Senrose enggan ulas

“Jadi saya harapkan orang ramai supaya saya menjadi lebih baik, saya tahu doa-doa itu akan berbalik kepada diri mereka semula.
“Saya tak nak ulas lanjut mengenai perkara (penampilan) ini,” luahnya.

Terdahulu, nama Nelydia menjadi bualan hangat ramai apabila tularnya beberapa video tidak memakai hijab ketika bercuti bersama keluarga.

Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin)

Scroll to Top