Neelofa kongsi momen Aisyah Aziz, abang ipar menikah

Neelofa kongsi momen Aisyah Aziz, abang ipar menikah

PETALING JAYA: Pengacara dan usahawan, Neelofa tampil berkongsi momen ketika abang iparnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd. Ismail dan penyanyi Aisyah Aziz selamat diijabkabulkan, pada Jumaat lalu.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Neelofa turut meluahkan rasa syukur melihat penyatuan pasangan itu yang disambut dalam sebuah majlis sederhana di Singapura.

“Sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada majlis Aisyah Aziz dan abang ipar saya. Alhamdulillah,” katanya.

Perkongsian tersebut memaparkan sekitar majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid.

Dalam hantaran tersebut, Aisyah dilihat gagal menahan air matanya ketika bersalaman dan berpelukan dengan keluarganya.

Turut mencuri perhatian, Neelofa juga sempat berkongsi momen indah mereka meraikan pasangan itu di sebuah majlis resepsi yang berlangsung di Kota Singa.

Pada Jumaat, Aisyah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. -UTUSAN

Scroll to Top