Neelofa Buka Mulut Tentang Isu Hangat Adiknya, Mohon Berhenti Kecam Ameera Dan Jefri Nichol | Oh! Media

Neelofa Buka Mulut Tentang Isu Hangat Adiknya, Mohon Berhenti Kecam Ameera Dan Jefri Nichol | Oh! Media

Pempengaruh Ameera Khan kini sedang hangat diperkatakan apabila secara terbuka berkongsi sedang bercinta dengan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol.

BACA: “Iman Tak Dapat Diwarisi” – Netizen Terkejut Tengok Aksi Jefri Nichol Dan Ameera Khan

Keterbukaan tersebut bagaimana pun mengundang rasa kurang senang netizen sehingga nama kakaknya, Neelofa terpalit.

Neelofa minta netizen jangan terus kecam Ameera

Menerusi perkongsian Media Hiburan, Neelofa menegaskan bahawa sebagai seorang kakak, dia sudah menjalankan tanggungjawab untuk menasihati Ameera tetapi dia memilih untuk tidak berkongsi butiran lanjut mengenai perkara itu.

Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.

Pada masa yang sama, Neelofa memohon orang ramai tidak mengecam atau menulis komen buruk mengenai mereka.

Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa yang baik. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk adik-adik dan kakak saya.

“Tolong selitkan doa yang baik untuk Ameera” – Neelofa

ameera khan

Sebaliknya, dia memohon diberikan doa yang baik-baik sama ada suka atau pun tidak. Selain itu, Neelofa mengatakan keluarga mereka mempunyai pendekatan tersendiri dalam menangani isu yang melibatkan Ameera.

Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga lain ada pendekatan berbeza, tapi kami tahu apa yang terbaik untuk dia. Walaupun di mata orang belum cukup bagus, tapi insya-Allah kami faham apa yang perlu dilakukan.

Dalam pada itu, Neelofa mengakui kontroversi melibatkan Ameera dan kecaman yang berikan netizen tidak mengganggu dirinya.

Namun, itu tidak bermakna Neelofa tidak cakna atau ambil teguran dengan baik. Tetapi bagi Neelofa, perkara ini tidak perlu dikongsi kepada umum.


Scroll to Top