Nazri Aziz dilantik Duta Besar ke Amerika Syarikat

Nazri Aziz dilantik Duta Besar ke Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini perkenan melantik 10 orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia termasuk Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, Mohamed Nazri yang juga graduan Lincolnā€™s Inn di United Kingdom dipilih kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.

Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu pernah dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Menteri Pembangunan Perusahaan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Penyerahan watikah pelantikan yang berlangsung di Istana Negara.

Pelantikan lain melibatkan Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia; Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony, Duta Besar Malaysia ke Filipina; Hendy Assan, Duta Besar Malaysia ke Holy See dan Hafizah Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Sweden.

Selain itu, Gloria Corina Peter Tiwet, Duta Besar Malaysia ke Brazil; Ruzaimi Mohamad, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya; Suzilah Mohd Sidek, Duta Besar Malaysia ke Republik Czech; Amarjit Singh Sarjit Singh, Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste dan Alauddin Mohd Nor, Duta Besar Malaysia ke Kuwait. ā€“ MalaysiaGazette

Scroll to Top