Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi, Sanggup ‘Single’ Dari Lukai Hati Wanita

Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi, Sanggup ‘Single’ Dari Lukai Hati Wanita

Pelakon Nazim Othman mengakui dia sedikit emosi selepas menonton drama yang menjadi bualan ramai Curang Tanpa Niat lakonan Mira Filzah dan Shukri Yahaya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nazim berkata dia pernah gagal menjadi seorang suami namun bersyukur bekas isterinya kini bahagia dengan suaminya kini.

BACA: Nazim Othman Rancang Bersara, Harap Dapat Berlakon Filem

“Dalam realiti, saya gagal menjadi suami juga. Walau bagaimanapun, saya bersyukur Allah telah menjodohkan bekas isteri dengan lelaki yang baik sebagai suaminya,” tulisnya.

Sementara itu, Nazim berkata dia tidak akan berkahwin lagi dan rela membujang daripada melukai perasaan wanita lain.

“Adakah saya akan mempertimbangkan untuk berkahwin lagi? Tidak. Saya rela membujang daripada melukai perasaan wanita lain,” tulisnya.

Terdahulu, Nazim Othman pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Bella Dally pada 10 September 2016, namun pasangan itu sah bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga pada Mei 2018.


Scroll to Top