Nasib Diketahui Esok, Syed Saddiq Beri Bayangan Tentang Kes Mahkamah | Oh! Media

Nasib Diketahui Esok, Syed Saddiq Beri Bayangan Tentang Kes Mahkamah | Oh! Media

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq didapati bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Namun, Syed Saddiq memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan perbicaraan di Mahkamah Rayuan akan berlangsung esok.

BACA: Keputusan Mahkamah Rayuan: Syed Saddiq Bebas Atau Masih Bersalah Diketahui Esok

Terbaru, Syed Saddiq menerusi satu hantaran di Instagram tegas dengan pendiriannya iaitu berani kerana benar.

“Esok adalah hari penentuan, berani kerana benar”

Jelasnya, sejak tahun 2020 keluarganya telah disiasat dan terdapat sogokan serta ugutan hanya kerana beliau enggan menggadaikan maruah diri.

Saya tidak menerima sogokan. Saya tidak melompat parti. Saya tidak meminta kes ini digugurkan. Saya tidak cuba melengah-lengahkan proses mahkamah.

Hanya doa senjatanya

syed saddiq

Beliau hanya mahu membersihkan namanya secara adil di mahkamah walaupun berdepan dengan pelbagai risiko.

Beliau juga menyebut bahawa tiada senjata lebih kuat selain doa kepada Allah SWT, khususnya pada hari istimewa ini.

Ahli politik ini sempat berpesan kepada sesiapa yang mahu memberikan sokongan supaya tidak protes, tidak menyerang hakim dan tidak merendahkan martabat sesiapa pun.


Scroll to Top