Nampak tak kekok, Cik B sempoi pakai kain batik di rumah

Nampak tak kekok, Cik B sempoi pakai kain batik di rumah

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sempoi pakai kain batik di rumah apabila beberapa Insta Story miliknya menunjukkan dia berpakaian ringkas tersebut.

Penampilan simple di rumah

Dia yang memakai baju T-Shirt dan kain batik sepertinya tidak kekok mengenakan kain basahan berkenaan di rumah apabila meneruskan aktiviti bermain snuker dengan adiknya, Kacak.

Cik B sempoi pakai kain batik, main snuker & mahu upgrade bilik

Dalam video yang lain, adiknya memberitahu yang Cik B atau nama sebenarnya,  Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 18 sedang dalam proses mencantikkan bilik dan terlihat beberapa barangannya dibawa keluar serta diletakkan di dalam plastik di atas lantai rumah.

Cik B sempoi pakai kain batik, siap selfie lagi

Cik B turut berkongsi swafoto dirinya dengan berpakaian ringkas dan memperlihatkan kain batik yang digunakannya sambil menyertakan lagu dari kumpulan Hujan bertajuk Muda.

Artikel lain: Sudah ada bodyguard, Cik B sekarang hanya perlu kekasih

Terdahulu, penampilan usahawan muda itu mengenakan pakaian serba hitam sambil bersiar-siar ditemani dengan beberapa pengawal peribadi telah mencuri perhatian ramai.

Selorohnya ketika itu, dia sudahpun mempunyai beberapa bodyguard sekarang dan hanya memerlukan kekasih sahaja untuk mendampinginya.

Sumber: Instagram cikb_havoc66

Scroll to Top