Nampak Leher Dan Anak Rambut, Gaya Tudung Qasrina Karim Undang Kecaman Netizen | Oh! Media

Nampak Leher Dan Anak Rambut, Gaya Tudung Qasrina Karim Undang Kecaman Netizen | Oh! Media

Pelakon cantik yang sedang meningkat naik, Qasrina Karim sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila penampilannya dikatakan tidak menjaga aurat dengan betul.

Menerusi satu video yang tular, Qasrina dilihat mengenakan selendang yang menampakkan leher dan anak rambut, sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

Penampilan Qasrina Karim undang kontroversi

Walaupun tampil ayu bertudung, gaya lilitan tudung yang longgar dan tidak menutupi bahagian sepatutnya menimbulkan pertikaian.

Reaksi netizen tengok penampilan Qasrina

Rata-rata peminat masih memberi ruang dan mendoakan agar Qasrina terus berusaha untuk memperbaiki penampilannya ke arah yang lebih baik.

qasrina
qasrina
qasrina
qasrina karim

Namun begitu, ada juga yang merasakan selebriti seharusnya menjadi contoh lebih baik kerana mereka sering menjadi ikutan ramai.

Meskipun begitu, ada juga yang tampil mempertahankan Qasrina mendakwa wanita itu memang berpenampilan begitu sebelum popular lagi.

Pssttt! Dalam usaha seseorang untuk berubah ke arah lebih baik, sokongan dan doa kita lebih besar maknanya daripada kecaman semata. Semoga Qasrina terus kuat dan istiqamah dalam perjalanan hijrahnya.

Kredit: TikTok Meerqeen
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top