Nampak ‘baby bump’, peminat dakwa Jihan Muse hamil anak ketiga?

Pengacara Jihan Muse atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa didakwa hamil anak ketiga oleh peminat selepas berkongsi beberapa foto di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengacara yang berusia 41 tahun itu di laman Instagramnya, ada individu yang bertanya sama ada Jihan bakal timang anak ketiga selepas melihat perubahan bentuk badannya.

Hamil anak ketiga

Hamil anak ketiga

Artikel lain: Jamal Abdillah cipta ‘sejarah’ lagi! Bakal timang anak ketujuh

Bagaimanapun, persoalan tersebut tak dijawab oleh Jihan dan sehingga kini sejauh mana kesahihan khabar gembira itu tidak dapat dipastikan lagi.

Sekadar info, Jihan berkahwin dengan pelakon Ungku Hariz Faizal pada 20 Mac 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Hamil anak ketiga

Sumber: Instagram @Jihan Muse