Nama Schumacher kembali jadi tumpuan

Nama Schumacher kembali jadi tumpuan

BERLIN: Nama popular Mick Schumacher mungkin boleh membantunya memecut pada tahap permotoran lebih rendah namun ia menambah tekanan ketika membuat kemunculan pertama Formula Satu (F1) Ahad ini.

Mick, anak kepada juara dunia tujuh kali Michael, akan memandu jentera pasukan dari Amerika Syarikat (AS), Haas pada Grand Prix pembuka tirai di Bahrain.

Schumacher, 22, mendapat peluang selepas menang Kejuaraan Formula Tiga Eropah pada 2018 dan gelaran Formula Dua pada 2020.

Namanya yang popular membantu Haas mencari dana dan karier jangka panjang pemandu muda itu nampak sudah jelas.

Mick ialah sebahagian daripada akademi Ferrari, ketika bapanya menang lima daripada tujuh gelaran dunia.

Haas dan Ferrari masing-masing membayar separuh daripada gaji Mick Schumacher dan jika dia membuktikan kehebatannya, dia boleh berlumba dengan jentera merah popular milik syarikat berpangkalan di Maranello itu.

“Nama Schumacher ialah satu jenama, tapi ia jenama dikaitkan dengan nama pertama Michael,” kata Herve Bodinier, pakar pemasaran sukan profesional Formula 1 kepada AFP.

“Ferrari dan yang lain bukanlah penaung, Mick perlu menulis ceritanya sendiri.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top