Pelawak Tauke Jambu mengakui terkilan apabila namanya diakitkan dengan berita pelawak ditahan polis selepas disyaki merogol seorang gadis.
Memetik mStar Online, Tauke berkata dia tidak melatah dengan tuduhan itu namun terkejut dikatikan dengan jenayah berkenaan kerana sedikit sebanyak memberi kesan padanya.
Sementara itu, Tauke berkata dia sudah malas dan terpaksa reda apabila namanya dikaitkan serta hanya memikirkan yang baik-baik sahaja.
“Bila usia makin meningkat, saya hanya nak fikir yang baik-baik saja. Mungkin yang berlaku ini semuanya ada hikmah dan saya pun faham tak semua orang suka dengan kita,” katanya.
Dalam pada itu, Tauke turut meminta netizen untuk tidak terburu-buru membuat tuduhan tanpa usul periksa kerana ia boleh memberi kesan kepada periuk nasi seseorang.
“Kesannya sebagai selebriti, periuk nasi pun terjejas juga. Kalau perkara-perkara tak baik ini berlaku ia beri kesan kepada kerjaya kami. Tak mengapa saya yakin rezeki itu daripada Allah,” katanya.
SUMBER: mStar Online