Nak ukur panjang punya pasal, 2 kabel USB tersangkut dalam kemaluan remaja lelaki

Nak ukur panjang punya pasal, 2 kabel USB tersangkut dalam kemaluan remaja lelaki

Malang tidak berbau, seorang remaja lelaki Britain terpaksa menahan kesakitan apabila dia bertindak memasukkan dua kabel USB ke dalam kemaluannya demi melakukan eksperimen seks.

Difahamkan, remaja yang berusia 15 tahun itu bertindak di luar jangkaan kerana mahu mengukur kepanjangan zakarnya dari bahagian dalam telah mengundang padah buruk kepada dirinya.

Bagaimanapun, perbuatan anehnya itu telah menyebabkan wayar USB tersebut telah tersangkut dan tersimpul di dalam kemaluannya yang menyebabkan dia perlu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bukan itu sahaja, kejadian itu dipercayai telah berlaku pada tahun 2021 tetapi doktor mendedahkan perkara tersebut menerusi Science Direct.

Doktor yang memberi rawatan menjelaskan remaja tersebut tidak mempunyai sebarang rekod masalah mental dan mempunyai akal dan tubuh badan yang sihat serta normal.

Jelasnya lagi,sebatang besi turut digunakan tetapi tidak berjaya dan akhirnya dia terpaksa memotong bahagian antara kemaluan dan dubur untuk mengeluarkan wayar berkenaan.

Sumber: Daily Star