Di TikTok, seorang lelaki yang merupakan saksi kejadian kemalangan di lampu isyarat Persiaran Senawang 1, berhampiran Matahari Height tampil menceritakan detik hitam yang berlaku.
BACA: Pemandu Honda Jazz Langgar Lampu Merah Hingga Ragut Nyawa, Rupa-Rupanya Tiada Lesen!
Pemilik akaun TikTok Edy Noor Reduan mendakwa beliau berada di persimpangan lampu isyarat berkenaan ketika kejadian dan menyaksikan segala-galanya.
Saksi kejadian trauma, lihat kejadian depan mata
@edynoorreduan Katanya nak tuntut keadilan buat adiknya? Maaf saya lambat tampil, tapi saya sedia jadi saksi kerana saya nampak segalanya.. kelajuan, dentuman, letopan, kebakaran dan …
Katanya nak tuntut keadilan buat adiknya? Maaf saya lambat tampil, tapi saya sedia jadi saksi kerana saya nampak segalanya kelajuan, dentuman, letupan, kebakaran dan…
Menurutnya, motosikal mangsa yang keluar simpang tidak bersalah langsung kerana lampu isyarat sudah hijau ketika mereka bergerak.
Lampu tu saya nampak hijau, baru motosikal itu keluar dan dilanggar dengan dentuman yang sangat kuat, meletup dan diikuti dengan laungan Allahuakbar oleh orang di sekitar.
Saksi tersebut juga menyatakan bahawa beliau masih trauma mengingatkan keadaan mayat selepas pelanggaran berlaku.
“Jangan cerita soal takdir, soal ujian” – Saksi

Saya berada paling depan dekat lampu isyarat itu. Kejadian berlaku depan mata saya. Saya nampak, saya jadi saksi macam mana motosikal itu betul-betul ikut undang-undang.
Individu ini memohon maaf kerana lambat untuk tampil disebabkan trauma melihat kejadian depan mata.
Jadi kepada kakak yang langgar tu, janganlah cerita soal takdir soal ujian. Adik engkau yang langgar aku nampak depan mata aku. Dah beberapa saat dia langgar lampu merah tu sangat laju dan nyawa aku sendiri hampir melayang.
Katanya lagi, pelanggaran juga menyebabkan satu letupan berlaku di mana motosikal mangsa terbakar manakala kereta Honda Jazz melanggar pokok.
Di ruangan komen, netizen meminta lelaki ini dan saksi kejadian yang lain tampil membuat laporan di balai polis untuk membantu siasatan.
