“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar

“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia mula rasa terbeban miliki rumah besar apabila perlu memperuntukkan jumlah  wang yang besar untuk penjagaan rumah banglo berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff mengakui ketika membina rumah tersebut dia tidak memikirkan mengenai kos untuk urusan penjagaan rumah namun apabila sudah tinggal di rumah tersebut dia baru tahu ianya bukan mudah.

BACA:Aliff Syukri Beri Hint Bakal Keluar Lagu Raya, Netizen Tak Sabar

Aliff memaklumkan yang dia perlu memperuntukkan ratusan ribu untuk membaiki kerosakan rumah apabila sudah beberapa tahun.

Sementara itu, Aliff turut menasihati orang ramai yang bercadang untuk berpindah ke rumah besar untuk bersedia dengan kos penjagaan yang agak tinggi.


Scroll to Top