Nak ke Eropah, kena bincang dengan isteri – Afif

Nak ke Eropah, kena bincang dengan isteri – Afif

Akram Afif muncul sebagai penggempur paling berbahaya dalam kejohanan Piala Asia. – Foto: Agensi

PENYERANG berbisa Qatar dengan gaya rambut afro mencuri perhatian ramai, Akram Afif mengakui masih menyimpan impian untuk kembali bermain di bumi Eropah.

Namun katanya, keputusan untuk bermain di luar negara perlu mendapat persetujuan pelbagai pihak termasuk kata dua daripada isterinya.

“Kalau boleh esok juga saya nak bermain untuk kelab di Eropah. Tetapi bukan saya yang membuat keputusan kerana pandangan isteri juga perlu diambil kira.

“Bukan mudah untuk meninggalkan kelab serta negara dan jika saya ke Eropah, saya tidak mahu sekadar memanaskan bangku pemain simpanan,” katanya.