Nahas di Putrajaya: Polis minta saksi tampil bantu siasatan

Nahas di Putrajaya: Polis minta saksi tampil bantu siasatan

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Sepang: Polis meminta saksi kemalangan yang mengorbankan masing-masing dua lelaki dan dua wanita dalam kejadian di Jalan Persiaran Utara berhadapan pusat komersil di Putrajaya, di sini, hari ini tampil membantu siasatan.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam hantaran di Facebook Trafik IPD Sepang memaklumkan kejadian membabitkan Perodua Viva dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang lelaki dan dua wanita terbabit kemalangan kira-kira 12.30 tengah malam hingga 1 pagi.

“Kerjasama daripada pengguna jalan raya yang menyaksikan atau merakamkan kejadian kemalangan berkenaan amat diperlukan untuk tampil membantu siasatan pihak polis,” kata hantaran itu malam ini.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Sepang Inspektor Muhamad Haziq Ab Karim di talian 017 – 9076260.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top