Madu kepada pempengaruh dan model, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan akhirnya tampil bersuara berhubung konflik yang melanda antaranya bersama pelakon, Abby Abadi.
Menerusi platform Threads, Umisya menjelaskan dia sama sekali tidak tahu menahu mengenai isu yang secara tiba-tiba berbangkit dan menjadi perbualan hangat di media sosial.
Malah, Misya turut mengemukakan bukti menunjukkan dirinya telah disekat oleh Abby dan juga madunya, Marissa di media sosial.
“Saya ingin menegaskan yang saya sama sekali tidak pernah mengeluarkan tentang ‘maaf’ apatah lagi untuk mana-mana pihak meminta maaf dekat saya sendiri. Baik pihak yang bersalah ataupun pihak yang sama sekali tidak melakukan apa-apa salah.
“Disini saya tekankan saya dah diblock oleh Puan Abby dan anaknya (Marissa). Jadi saya memang tak tahu dengan hal-hal yang berkaitan tentang mereka kecuali yang telah dikeluarkan oleh media atau dari netizen,” katanya.
Dalam pada itu, Umisya turut menepis sekerasnya tuduhan yang mengatakan dirinya mahu menumpang populariti madunya.
“Jauh sekali tentang populariti, siapa sangka ujian sebegini membawa saya sampai ke sini. Kalau betul saya menunggang populariti, saya akan membuat ‘content’ berpegangan tangan bersama madu saya, menjual produk bersama pihak sana dan sebagainya.
“Malah saya dan pihak sana membuat boundaries untuk ketenangan masing-masing. Hanya kami yang tahu tentang hal-hal yang terjadi,” katanya.
Artikel Berkaitan: Memukau! Kongsi Foto Raya Anak, Kecantikan Vie Zaara Jadi Sorotan – “Cantik Sangat Ni!”