Penampilan pelakon dan pelawak, Enot baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila kelihatan semakin kurus daripada bentuk badan asalnya sebelum ini.
Kata Enot menerusi sesi live di TikTok miliknya yang dikongsikan oleh sebuah portal, dia menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan berat badannya berkurang disebabkan melakukan pembedahan bariatrik.
“Asal kurus je anda semua tuduh potong (buat bariatrik) banyak sangat duit aku nak potong. Haritu aku nak operation lutut pun aku minta bantuan orang apatah lagi nak operation perut, kelakar.
“Saya ni bekas penghidap kanser usus tau. Usus saya tak boleh usik langsung. Kalau saya potong bermakna saya tempah maut. Jadi saya tak boleh.
“Saya diminta untuk turun secara natural sebab lutut dengan tulang belakang saya ada masalah,” katanya.
Mengulas lanjut, Enot menjelaskan dia juga tidak mengambil nasi selama setahun selain tidak mengambil gula dalam makanan.
Bahkan, dia kini mengamalkan makanan semula jadi seperti campuran kunyit dan halia untuk membuang angin dalam badan.
“Nasi saya memang tak suka makan. Jadi kalau betul-betul fully tak makan nasi adalah setahun.
“Sugar pun saya cut, Saya minum mineral sahaja. Kopi pun minum kopi pahit, kopi o tak reti letak gula sangat.
“Saya jarang senaman tapi adalah buat sit up 100 dan berat saya sekarang 75 kilogram.
“Amalkan makanan sihat secara semula jadi macam kisar kunyit, nenas, halia untuk buang angin dalam badan. Saya buat benda macam itu sahaja.
“Saya tak ada ambil jalan mudah sebab saya tahu benda itu akan memudaratkan saya,” jelasnya.
@mingguanwanita Terkesima melihat perubahan bentuk badan pelakon Enot yang begitu katara. Terbaru Enot menerusi siaran langsung di akaun Tik Tok akui berat badannya kini 75kg. Wow memang nampak langsing tau! Enot yang juga bekas pesakit kanser usus turut menafikan dirinya melakukan pembedahan usus untuk kurus. Enot menerangkan sebagai bekas pesakit kanser usus pembedahan begitu boleh membawa maut pada dirinya. Paling penting Enot kurus secara semula jadi tau! Elak minum manis dan hampir setahun tidak usik nasi. #enot #bekaspesakitkanserusus #enotkurus ♬ original sound – MingguanWanita
Sumber: Mingguan Wanita