syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Hampir semua penonton di tempat duduk Axiata Arena memberikan ‘standing ovation’ selepas penyanyi, Nadeera Zaini mempersembahkan lagu Bukan Lagi Kita di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Yang membuatkan penonton bersorak adalah ketepatan waktu dan posisi di mana layar yang digantung tepat di atas pentas, dijatuhkan dan menyelubung Nadeera yang sedang berdiri di tengah pentas.
Lagu ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh itu disampaikan Nadeera dan berjaya memukau setiap penonton dengan vokalnya dan ruangan tempat duduk arena juga dihujani kertas-kertas putih umpama membawa maksud tersirat.
Bukan Lagi Kita disebut-sebut sebagai lagu yang bakal menggondol gelaran Juara Lagu di AJL39 di samping beberapa lagu lain.
Rata-rata, netizen juga menamakan Nadeera sebagai penyanyi yang berpotensi memenangi Anugerah Vokal Terbaik di AJL kali ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd