Usia anak sulungnya sudah mencecah dua bulan, pelakon dan penyanyi Nabila Razali belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya kepada umum.
Memetik Oh Bulan, Nabila berkata keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dirinya dan suami. Tambahnya dia akan kongsikan apabila tiba masanya nanti.
BACA: Mahu Anak, Janna Nick Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki
“Insya-Allah kalau saya dah bersedia akan kongsi di media sosial. Saya dan suami ada pemahaman yang sama dan bersetuju untuk tidak dedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.
“Saya sedar ramai yang bertanya, nanti kalau saya dah tunjuk korang tataplah puas-puas ya,” katanya.
Sementara itu, Nabila mengakui dia bimbang dengan penyakit ain melibatkan bayi dan mahu menjaga keselamatan anaknya itu.
“Ya risau juga dengan penyakit ain dan sekarang pun macam-macam kes berlaku melibatkan bayi. Jadi saya tak nak ambil risiko, tambahan pula bila menjadi figura awam ni saya risau mungkin akan diperhatikan,” katanya.
Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.
SUMBER: Oh Bulan