Pelakon hebat, Nabila Huda tak dapat tahan sebak apabila kucing kesayangan yang menghidap sakit kronik akhirnya ‘pergi’ juga selepas beberapa hari berada dalam keadaan nazak.
Menerusi perkongsian Nabila di Insta Story, dapat dilihat kucing yang diberi nama Aoki berada dalam keadaan lemah dan sempat mengeluarkan darah dari bahagian mulut sebelum dikejarkan ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan.
Nabila Huda tak dapat tahan sebak, Aoki tak dapat diselamatkan
Walau bagaimanapun, kondisi Aoki semakin tenat dan tidak dapat diselamatkan sebelum akhirnya kehabisan nyawa di hadapan pelakon tersebut.
Nabila yang tidak dapat menahan sebak menangis teresak-esak sewaktu menggendong kucing berkenaan di dakapannya sehinggalah dia dan suami mengambil keputusan mengebumikan Aoki di perkarangan rumah selepas didapati sudah tidak bernyawa.
Artikel lain: Kucing peliharaan Nabila Huda nazak, hidap penyakit buah pinggang kronik tahap 4
Nabila Huda tak dapat tahan sebak, pencinta kucing pasti faham perasaan tu
Perkongsian tentang kondisi Aoki dan beberapa gambar kucing tersebut di Instagram Nabila Huda telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-rata turut sebak dengan pemergian haiwan kesayangan terebut.
Mereka juga memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu supaya terus kuat walaupun faham perasaan kehilangan kucing peliharaan memang sangat memberi kesan kerana sudah dianggap seperti keluarga.
Semoga Nabila Huda kuat
Kita yang tengok keadaan Aoki pun rasa sakit sangat
Terdahulu, Nabila Huda telah memaklumkan bahawa kucing peliharaannya yang bernama Aoki itu sedang berada dalam keadaan nazak apabila disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap 4.
Sejak itu, dia kerap berkongsi keadaan semasa Aoki yang terlihat sangat lemah walaupun telah mendapatkan rawatan yang kerap di klinik haiwan.
Sumber: Instagram kupu_kupu