“Berdamailah dengan takdir, sebab semuanya sudah tertulis”.
Demikian luahan pelakon versatile, Nabila Huda terhadap sahabat yang juga rakan lakonnya, Beto Kusyairi selepas menyaksikan filem terbaharu aktor itu berjudul ‘Reversi’.
Kata Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil, dia sangat teruja dan terpesona menyaksikan filem tersebut dek kerana Beto tidak pernah gagal memberikan persembahan luar biasa terhadap mana-mana naskhah lakonannya.
“Baru sahaja menyaksikan Reversi dan saya terpesona. My favorite sparring partner, sekali lagi memberi persembahan luar biasa dan menghidupkan wataknya.
“Memang tak pernah gagal mencuri perhatian saya dan i am always looking forward for his next work.
“Beto Kusyairy..Awak memang hebat!! Tak ada siapa yang boleh tandingi awak. Performance awak over the top!!
“Berdamailah dengan takdir. Sebab semuanya sudah tertulis. Congratulations again bet!,” ulasnya.
Perkara itu dikongsi Abil menerusi hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Abil, 40, turut memuji persembahan lakonan yang ditunjukkan barisan aktor dan aktres yang terlibat dalam menjayakan filem tersebut termasuklah, Shiqin Kamal, Zahiril Adzim, Azhan Rani, Qi Razali, Vanida Imran, Hasnul Rahmat dan ramai lagi sekaligus berharap satu hari nanti dia juga bakal diberikan peluang untuk bekerjasama dengan pengarah, Adrian Teh.
“Consider me your biggest fan from now on! Saya harap satu hari nanti diberikan peluang untuk bekerjasama dengan anda disamping rakan lakon yang berbakat dan skrip yang menakjubkan. Congratulations to everyone involved—you all nailed it!,” katanya.
Sedar dengan pujian dan penghargaan yang diberikan rakannya, teraju utama filem Riversi, Beto Kusyairi kelihatan meninggalkan komen balas pada hantaran berkenaan.
“Bil!! Terima kasih.. That was such a nice thing to say. Gigih ya pergi tengok walaupun wrap pukul 8.30 pagi. Energy..ze best! I’m flattered! Our last scene coming up soon. Jumpa nanti Chom!,” balasnya.
Sekadar info, selain Beto, Filem bergenre cinta cereka sains, ‘Reversi’ turut dibintangi pelakon hebat seperti, Shiqin Kamal, Vanidah Imran, Hasnul Rahmat, Azhan Rani Zahiril Adzim dan ramai lagi.
Filem ini juga sudah mula menemui penonton di pawagam bermula 19 Disember lalu.