Nabil Ahmad Sekali Lagi Dikritik Netizen, Didakwa Dedah Aurat Isteri Pada Rakan

Nabil Ahmad Sekali Lagi Dikritik Netizen, Didakwa Dedah Aurat Isteri Pada Rakan

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad sekali lagi dikecam netizen selepas didakwa mendedahkan aurat isteri secara umum kepada rakan-rakan di konti radio.

Menerusi sebuah perkongsian video di Instagram (IG), Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad membuat panggilan video bersama isteri, Zira Ayub yang sedang sibuk membungkus nasi kandar.

Apa yang menjadi sorotan dan perhatian netizen adalah dalam video tersebut Zira tidak menutup aurat sepenuhnya yang turut ditonton oleh rakan penyampai radion Nabil.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen mengkritik Nabil seorang lelaki dayus kerana membiarkan bahagian rambut dan leher Zira ditonton oleh orang bukan mahramnya.

Dalam pada itu, ramai juga daripada netizen menitipkan pesanan kepada pengacara berusia 41 tahun itu untuk lebih peka dan mengambil berat bagi menjaga aurat serta kehormatan seorang isteri.

Bagaimanapun, video tersebut telahpun dipadam setelah menerima kecaman netizen.

Terdahulu, kontroversi mula tercetus sekitar November lalu apabila Zira dilihat tidak mengenakan tudung dalam sebuah rakaman, sebaliknya hanya memakai topi hitam sambil menikmati minuman ketika bercuti di London.

Artikel Berkaitan: “Video Tak Berhijab Rakaman Lama, Nabil Tak Sengaja Kongsi” – Zira Ayub

Recent Posts

Scroll to Top