Menteri Besar Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin makin risau dengan penerimaan rakyat terhadap kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat kini semakin mendapat tempat di hati rakyat.
Muhyiddin Yassin gusar kerjasama BNPH?
Memetik laporan dari Berita Harian, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan perkara tersebut terbukti apabila tiga pilihan raya kecil (PRK) berturut-turut dimenangi oleh calon-calon daripada Kerajaan Perpaduan.
“Tan Sri (Muhyiddin) dan PN hakikatnya makin risau dengan kerjasama BN dan PH yang semakin diterima rakyat khususnya melalui (rekod kemenangan dilakar melalui) PRK,” kata Asyraf.
Muhyiddin Yassin makin risau melihat rekod beberapa PRK?
Menurut Asyraf lagi, kemenangan di DUN Nenggiri (Kelantan), Mahkota (Johor) dan Ayer Kuning (Perak) membuktikan peningkatan keyakinan ahli UMNO dan pengundi Melayu terhadap kerjasama ini.
Kenyataan Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa penggabungan antara BN dan PN adalah hakikat dan bukan mimpi di siang hari, jelas menunjukkan keprihatinan beliau terhadap kerjasama itu.
“Paling jelas tiga PRK berturut-turut iaitu di DUN Nenggiri (Kelantan), Mahkota (Johor) dan Ayer Kuning menyerlahkan peningkatan keyakinan dalam kalangan ahli UMNO dan orang Melayu (yang juga) pengundi UMNO
“Keyakinan terhadap kerjasama yang menatijahkan kestabilan negara dan kemakmuran rakyat,” ujarnya.
Anak muda tak mahu lagi terlibat politik kebencian dimainkan PN
Asyraf Wajdi juga menegaskan bahawa kemenangan besar pada PRK Ayer Kuning jelas menunjukkan bahawa anak muda semakin tidak mahu terlibat dengan politik perkauman dan kebencian yang dimainkan oleh PN.
“Ternyata anak muda semakin matang dan mual dengan politik sebegini,” jelas Asyraf.
Artikel lain: DAP ada 40 kerusi, mana mungkin pinda Perlembagaan jadikan Malaysia negara sekular – Asyraf Wajdi
Terdahulu, keputusan di beberapa pusat daerah mengundi (PDM) yang sebelum ini dimenangi oleh pembangkang, kini telah berpihak kepada BN, terutamanya di kalangan pengundi Melayu.
Asyraf menambah, PDM Melayu juga menyaksikan peningkatan mendadak undi Melayu hingga BN merampas kembali hampir semuanya.
Susulan daripada itu, kejayaan tersebut dilihat semakin menyerlahkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan dan memberi petanda positif kepada kestabilan politik negara.
Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid)