MUFC bakal bernafas semula?

MUFC bakal bernafas semula?

“Saya bukan nak beri jaminan namun saya sedang mengkaji, melihat dan meneliti isu MUFC ini dan sudah semestinya akan berusaha untuk memulihkan pasukan ini.

“Saya akan mengambil kesempatan yang ada untuk memulihkan MUFC, yang pastinya pasukan ini akan kembali beraksi seperti dahulu. Cuma tunggu sedikit masa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Tautan Kasih 2023 Universiti Melaka di sini hari ini.

Pada September lepas, MUFC membuat kenyataan terbuka bahawa skuad terbabit disahkan disingkirkan daripada saingan Piala Malaysia susulan kegagalannya melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.

Menurut MUFC pihaknya mengambil maklum pembatalan slot Piala Malaysia 2022 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berikutan isu gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji mengikut tarikh ditetapkan itu. – Bernama

Scroll to Top