“Muda Lagi Tapi Dah Solat Atas Kerusi..” – Makcik Ini Mengumpat Jemaah Lain Tanpa Usul Periksa | Oh! Media

“Muda Lagi Tapi Dah Solat Atas Kerusi..” – Makcik Ini Mengumpat Jemaah Lain Tanpa Usul Periksa | Oh! Media

Solat di masjid atau surau sepatutnya menjadi ruang untuk beribadah dengan tenang, namun ada individu yang gemar berprasangka buruk hingga menimbulkan ketidakselesaan orang lain.

Kisah ini viral selepas seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila disindir seorang individu lanjut usia hanya kerana solat menggunakan kerusi.

“Saya solat duduk atas kerusi sebab kaki belum pulih”- Pengadu.

Wanita tersebut berkongsi bahawa dia mengalami masalah pada anggota kaki dan terpaksa solat secara duduk. Malangnya, tindakannya itu dipersoalkan oleh seorang makcik yang turut berada di dalam surau.

Saya singgah ke surau di pusat beli-belah, macam biasa saya solat di atas kerusi sebab kaki saya belum pulih. Tiba-tiba, makcik di tepi saya cakap, ‘Muda lagi, tapi dah solat guna kerusi’ sambil menjeling ke arah saya.- Kongsinya.

Katanya lagi, makcik tersebut seakan marah kerana dia juga mahu menggunakan kerusi yang sama.

Saya bukannya suka-suka ambil kerusi tu, saya memang perlukan. Tapi, dari saya buka telekung sampai saya bersiap nak keluar, makcik tu asyik pandang saya. Geram betul!- Luahnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen menasihati wanita itu supaya bersabar dan tidak terbawa dengan emosi. Ini kerana mulut orang kita tak boleh kawal, biarkan je. Apa yang penting, kita tahu keadaan diri kita.

Apapun, untuk makcik tu, semoga suatu hari nanti makcik tu faham dan sedar, jangan cepat menghukum orang tanpa tahu cerita sebenar.

#ApaKataOhmedia

Dalam beribadah, kita seharusnya lebih memahami dan bersangka baik terhadap orang lain. Jangan mudah menghakimi tanpa mengetahui keadaan sebenar seseorang. Jika tiada perkara baik untuk dikatakan, lebih baik diam. Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat suka menghukum orang lain.


Scroll to Top